![]() |
| sumber imej: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn%3AANd9GcRVda8VAuTAfyKq_SVpIf4nmhZJjftx0_Edkg&usqp=CAU |
METADOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kami telah mengenalpasti beberapa kaedah yang berupaya membantu kami mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik mengenai tajuk tugasan kami iaitu strategi mengurus bilik pembelajaran. Oleh itu, kami telah menggunakan empat kaedah ini untuk menjalankan kajian tersebut. Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan:
a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah kami jalankan adalah dengan melawat Sekolah Y. Kami berjaya mengumpul pelbagai data hasil dari pemerhatian yang telah dijalankan. Kami juga telah melihat bagaimana sesebuah sekolah menguruskan bilik pembelajaran mereka di samping melihat interaksi di antara guru dan murid serta interaksi antara murid dan murid di dalam kelas.
b) Kaedah temubual
Kami turut menjalankan temubual bersama tiga orang guru di sekolah tersebut. Temubual itu berkisarkan bagaimana pihak sekolah merancang strategi pengurusan bilik pembelajaran mereka mengikut pembelajaran abad ke-21. Temubual itu telah dijalankan selama 15 minit yang bertempat di bilik mesyuarat. Temubual ini dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat.
Soalan Temubual
- Bagaimanakah cikgu mengurus bilik darjah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan efektif?
- Adakah susunan meja di bilik darjah mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran di kelas Mengapa?
- Pada pendapat cikgu, adakah terdapat perbezaan di antara strategi mengurus bilik pembelajaran pada zaman dahulu dan abad ke-21? Jelaskan.
- Apakah alat bantu mengajar (ABM) yang cikgu kerap guna dalam bilik pembelajaran dan jelaskan adakah ia berhasil?
- Berikan satu cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam memastikan pelajar menumpukan perhatian pada waktu pengajaran dan pembelajaran(P&P)?
- Bagaimanakah cara guru menangani masalah emosi guru dan emosi pelajar?
- Apakah cara yang digunakan oleh cikgu untuk menarik minat/perhatian pelajar di dalam bilik pembelajaran?
- Manakah perwatakan guru yang sesuai untuk mengawal pelajar di dalam bilik pembelajaran?(guru yang tegas/cikgu yang mesra) Jelaskan.
- Bagaimanakah cikgu mewujudkan interaksi dengan pelajar di dalam bilik pembelajaran?
- Adakah cikgu menerapkan pengajaran secara sehala, dua hala atau dua hala berkumpulan?
- Apakah kepentingan interaksi antara pelajar dengan cikgu dalam bilik pembelajaran?
- Bagaimanakah cikgu membantu pelajar yang pasif dalam bilik pembelajaran?
c) Kaedah soal selidik
Kami telah menyediakan borang soal selidik dan telah memilih 30 orang pelajar sebagai reponden. Borang soal selidik ini disediakan bersesuaian dengan objektif kajian. Tujuan kajian soal selidik ini adalah untuk menganalisis keberkesanan strategi mengurus bilik pembelajaran mengikut aspek ciri iklim bilik pembelajaran. Data tersebut dan dikumpul untuk mengetahui jumlah persetujuan dari pelajar.
d) Penyelidikan internet
Kami juga turut menggunakan kaedah penyelidikan dengan mencari sumber-sumber rujukan yang boleh dipercayai untuk memahami secara lebih lanjut mengenai tugasan yang diberikan. Antara sumber-sumber rujukan yang kami gunakan seperti majalah, buku, jurnal dan blog yang diperolehi dari internet. Sumber-sumber memberikan maklumat dan informasi yang berguna serta membantu menguatkan lagi kajian yang kami jalankan. Penting bagi seseorang pengkaji untuk mempunyai maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar kajian yang dilakukan itu tidak menyerupai dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga penting kerana hasil dari kajian pengkaji akan dapat lebih memahami bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan.
Rujukan :
Shila, A. (2018, August 8). Contoh Metodologi Kajian. Retrieved from https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820
Siti, S. (2016, April 26). Bab 3 METODOLOGI KAJIAN. Retrieved from https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-kajian-sarah/
Nama: Nur Irzwana Rabiatul Adawiyah [D20191088612]

